Mazhab.

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Da’i Hadhari&Ustaz Dr.Muhammad Nidzam Abd.Kadir)
KEPERLUAN BERMAZHAB
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Mazhab ada 4:
1)Hanafi
2)Maliki
3)As~Syafie
4)Hambali.
Org yg bermazhab mengikut Al~Quran dan sunnah berdasarkan kefahaman para ulamak.
Kita di Malaysia bermazhab As~Syafie.
Kita ikut Al~Quran dan sunnah dan bermazhab As~Syafie.

APAKAH BERLAINAN MAZHAB BERBEZA PENDAPAT?
Ya,berlainan mazhab bermakna berlainan pendapat.

APAKAH PERLU MENGIKUT MAZHAB DAN BOLEHKAH TUKAR MAZHAB?
Asalnya tak perlu ikut mazhab kerana kita hanya perlu ikut Al~Quran dan sunnah.
Cabang² ilmu sangat luas dan Al~Quran serta hadis tak ada perincian dan nak selesaikan masalah,itulah yg jadikan kita perlu pada mazhab.
Harus utk berpindah dari satu mazhab kepada satu mazhab tapi tak bolehlah nak main² atau suka² nak tukar mazhab.
Kita perlu ada ilmu jika nak tukar mazhab.
Mengikut imam As~Syafie batal wuduk ketika tawaf dan agak sukar nak jaga wuduk,rahmatnya perbezaan pandangan ulamak di Mekah kita boleh guna mazhab Hanafi tidak batal wuduk jika bersentuhan ketika tawaf.
PERBEZAAN INILAH RAHMAT JALAN KELUAR DALAM PERMASALAHAN.

RAMAI GOLONGAN MUDA PERSOALKAN MAZHAB DAN APAKAH KESEMUA MAZHAB MENGIKUT RUKUN IMAN DAN RUKUN ISLAM YG SAMA?
Kesemua mazhab berpegang pada rukun iman dan rukun islam yg sama.
KALAU ORG TAK IKUT MAZHAB AS~SYAFIE BUKAN BERMAKNA DIA BUKAN ISLAM.
Mempersoalkan dalam nada memperlekehkan mazhab itu tidak elok dari sudut adab.

APAKAH HIKMAH 4MAZHAB DAN APAKAH KITA KENA GUNA KEEMPAT~EMPAT MAZHAB INI?
Hikmah perbezaan pendapat adalah utk kemudahan kita.
Bila kita ada masalah kita boleh guna pendapat mazhab lain.
Inilah rahmat.
Yg jadi tak rahmat ialah bila kita bergaduh kerana berbeza tentang pendapat mazhab.
Inilah masalah sikap kita.
Kita ada 4mazhab mutabar.
Kita boleh pakai semua mazhab tapi kemampuan ilmu kita tak mampu,jadi kita cuma amalkan mazhab As~Syafie.

BAGAIMANA CARA NAK MERAIKAN MAZHAB² LAIN?
Perlu ada ilmu dan keikhlasan niat.
Jika kita tak ada keikhlasan niat,kita rasa kita sahaja yg betul.
Sesiapa yg banyak ilmu dia akan kurang membangkang.
Bila dia tak ada ilmu,dia akan terus melabel seseorang itu sesat.
Kita kena berlapang dada dgn pandangan org lain.
Dalam mazhab As~Syafie digalakkan melafazkan “usali” tapi jika kita nampak org tak lafas “usali”jgn lah kita kata solatnya tak sah.
Tak boleh berkata begitu.

APAKAH KEPERLUAN KITA BERMAZHAB?
Keperluan bermazhab kerana kita mahukan keharmonian.
Kita di Malaysia pilih satu mazhab utk keharmonian.

KENAPA DI MALAYSIA GUNA MAZHAB AS~SYAFIE?
Di Malaysia guna mazhab As~Syafie kerana faktor sejarah.
Semua ulamak nusantara ajar guna mazhab As~Syafie.
Bukan bermakna mazhab² lain salah tapi kita di Malaysia belajar mazhab As~Syafie kerana jika kita belajar semua mazhab,kita akan jadi pening.
Bila kita bawa mazhab baru,tak salah tapi boleh timbulkan fitnah atau bergaduh.
Kalau kita nak bawa pandangan² lain,kita kena tengok apakah masyarakat boleh terima atau tidak.

APAKAH CARA KITA NAK TEGUR ORG YG MERASAKAN MAZHAB MEREKA SAHAJA YG BENAR DAN KENAPA MAZHAB BERBEZA~BEZA PENDAPAT?
Ini adalah masalah sikap.
Bila dia fanatik hanya pada satu mazhab sahaja,itu yg menjadikan dia tak boleh terima pandangan org yg mengikut mazhab lain.
Mazhab berbeza~beza pandangan kerana mengangkat celaan dari para ulamak.
Ulamak berbeza pendapat bukan mengikut nafsu.

DALAM KITA MEMBERI PANDANGAN,KEHARMONIAN PERLU KITA JAGA.

APAKAH AJARAN SYIAH DIKIRA MAZHAB ATAU AJARAN SESAT?
Syiah sayang pada keluarga Nabi,kita juga sayang pada ahli keluarga Nabi.
Kita tak perlu bawa syiah disini.
JGN BAWA SYIAH KE SINI.
SINI ADALAH TEMPAT AHLI SUNNAH WAL JEMAAH.

APAKAH HUKUM JIKA BERPECAH BELAH DALAM AGAMA ISLAM?
Perbezaan pendapat bukan berpecah belah.
Mereka tak bergaduh.
Cuma sikap kita yg menampakkan kita berpecah belah kerana kita fanatik hanya pada satu mazhab hingga tak terima mazhab lain.
ULAMAK² TERDAHULU BILA BERBEZA PENDAPAT MEREKA BERBINCANG DAN DUDUK SEMEJA.

BAGAIMANA KITA NAK YAKIN DGN MAZHAB SEPERTI KITA YAKIN DGN PEMANDU KAPALTERBANG(pilot)?
Bila kita baca sirah para ulamak kita akan yakin dgn mazhab.
Ketika berfatwa,mufti mesti bermazhab mengikut mazhab As~Syafie.
Jika mufti tak boleh selesaikan masalah mengikut mazhab As~Syafie,mufti boleh pilih 3 lagi mazhab lain.

APAKAH YG DIKATAKAN MAZHAB UMUM?
Waallahualam.
Biasa org sebut mazhab awam.
Mazhab awam ialah mazhab yg berpegang pada mufti.
Berpegang pada pendapat mufti berdasarkan firman Allah,tanyalah pada ahli ulamak jika kamu tak tahu.

APAKAH DI AKHIRAT KELAK KITA AKAN DITANYA MAZHAB APA YG KITA PEGANG?
Tak jumpa lagi dalam hadis atau Al~Quran kita akan ditanya di akhirat kelak tentang mazhab apa yg kita pegang.
In Shaa Allah,tak akan ditanya.

SEJAK RATUSAN TAHUN KITA DI MALAYSIA MENGIKUT MAZHAB AS~SYAFIE.
KESERAGAMAN DARI SUDUT MAZHAB INI SANGAT PENTING TANPA KITA MENAFIKAN MAZHAB² LAIN.

AL FATIHAH KEPADA ULAMAK 2 YANG DIKASIHI & DIRINDUI✍🏻

BIAR TAHU & JGN KELIRU
Dan sesiapa berminat join group tyalah ustaz,boleh beritahu sya📝

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s